Tuesday, May 18, 2010

How to be a good daughter

  1. Step 1

Take the time to help your parents. Do little things for them. Help around the house. They've done things for you all your life. Now it's time to give back and help them.

  1. Step 2

Listen to what they say. They've always been telling you how to do things. Make sure you take the time to really hear what they suggest. They have your best interest at heart. You don't have to take all their advice, but you can make better decisions if you listen to what they are telling you.

  1. Step 3

Be compassionate. Be someone they can come to in a crisis. Offer your understanding. They have helped you since you were a baby. Now it's time to return the favor. Help them when they're feeling tired or ill.

  1. Step 4

Visit just for the sake of seeing them. You don't want to show up just when you need something. Show them you care by seeing them. Be a good daughter and take the time to sit and talk with your parents.

  1. Step 5

Bring the grandchildren. Grandparents love spending time with your kids; so don't get too busy to bring them over to visit. You want your parents and your children to build a good relationship.

  1. Step 6

Offer to have family gatherings at your house. Parents often have all the traditional holiday celebrations at their home and they often invite all of their extended family. Take the load off of their shoulders and have the gatherings at your own home. Your parents can enjoy the festivities without having to do all the work.

  1. Step 7

Be the family negotiator. Keep the family talking. Help stop the fights and disagreements. Clear up all the misunderstandings. Families are made up of many different people so sometimes they see things differently. You can be a good daughter and help keep everyone communicating.

Monday, May 17, 2010

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

1. Pemarah Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. PendendamSifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengkiAmalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.
4. BakhilSentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan perkara lain-lain daripada dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia
5. TamakOrang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tidak habis juga… lagipun orang tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita apabila dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunakan iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabarAndainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. EgoIbu segala mazmummah jadi ego membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. RiakTerseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dipuji, akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada..
9. Cinta duniaTidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana apabila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Apabila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat dunia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.
Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Saturday, April 24, 2010

Guru oh Guru~


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979